Jumaat, 23 Ogos 2019

AL QURAN REHAL BUNGA UKIR CANTIK IKEA MENGAJI

   -   REHAL KAYU PUTIH BUATMU GURU -




       

                                            "Alunan mu menyayat hati,lafazmu penuh erti " 
                                                 "kau penyejuk dimata penenang dihati"
                                 "Dikala syahdu ku alunkan terasa kau dekat sebagai pengubat"
                                  "Engkaulah kalam yang di utuskan yang terakhir tiada ganti"






Terjemahannya: "Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam."



Saya mulakan perkongsian saya dengan 




Nama saya Nurain , saya lebih suka disapa manja dengan panggilan yang cukup ringkas namun bagi saya ia manis ," ain" ya nama yang diberi oleh ayah untuk saya,disebalik nama yang ringkas itu tersirat seribu satu tangisan,kesedihan dan ujian yang sudahpun berlalu namun suka untuk ain kenang ,menatap bertapa penyayangnya ALLAH pada ain dan keluarga .


Ain anak pertama daripada 3 orang adik beradik,
namun tidak disangkal bahawa sikap manja ain melebihkan sikap adik-adik (hahaha).
ain dilahirkan dalam keluarga yang sederhana namun bagi ain kami sangat kaya dengan kasih sayang.
Penyayangnya ALLAH pada kami , ALLAH uji kami dengan kesusahan tetapi ALLAH didik hati kami untuk syukur walau diberi sekecil-kecil nikmat .


Ain bukan asli berketurunan melayu , keluarga ain bermacam salahsilah keluarga.
ibu ain berasal dari negeri sembilan.dan ayah ain dari keturunan seberang ,lombok barat indonesia .
tetapi semenjak ayaah berhijrah ke malaysia ayah sudah tidak pernah pulang ke tanah airnya ,setelah berbelas tahun di malaysia ayah disahkan sebagai permastautin .

setakat itu perkongsian ain tentang keluarga,
ain sambung dengan topik utama tentang REHAL dan AL-QURAN .

Ain telah menyimpan hasrat dan keinginan untuk bertudung labuh dan berpurdah sejak ain masuk bangku tingkatan 1 sekolah menengah,
ain rasa tenang bila tengok orang lain bertudung labuh dan berpurdah,ain sangat mengagumi mereka .








Dulu , ain orang sangat keras hati untuk menerima teguran,
bila kawan tegur berkaitan aurat ain jadi memberontak sebab ain rasa mereka cemburu dengan apa yang ain miliki . tetapi alhamdulillah bila ain masuk tingkatan 4 ain dah mula buka hati untuk menerima teguran sahabat-sahabat ain .ain dah mula untuk memakai sarung lengan, stokin dan alhamdulillah pada tahun 2018 waktu di bangku tingkatn 5
ain mulakan dengan memakai tudung labuh ,dan ain tak sangka pakaian ain tak seberapa itu menjadi dakwah pada sahabat-sahabat ain ,mereka pun mula melabuhkan tudung.


itu soal pakaian, kalau soal al-quran ain nak cerita dan harap pembaca ambil iktibar .


"jangan tinggalkan al-quran,hargai kefasihan lidahmu membacanya,sebelum ALLAH simpulkan ikatan lidahmu" 


Dulu,ain dapat membaca al quran seperti biasa .
tetapi dek kerana tergilakan dunia dan zaman remaja ,ain terlalu banyak menghabiskan masa di laman sosial hingga ke subuh tanpa rasa mengantuk ain tinggalakan al quran bertahun-tahun
ain biarkan al-quran menjadi perhiasan. Berkali-kali ain nampak al quran terbiar tetapi ain tak pernah cuba buka .yang ain kejar adalah telefon dan telefon . tahun-tahun berlalu penuh penyesalan

tapi suatu saat bila ALLAH uji ain ,ALLAH tarik nikmat bahagia dalam keluarga ain sewaaktu ain DI TINGKATAN 4 .
ain terduduk tak terkata .ain tak tahu macam mana nak bangkit . kawan-kawan ain ada support tapi ain rasa nasihat mereka tak cukup .Rupanya baru ain sedar , hati ini   milik ALLAH ,ujian ini datang dari ALLAH . 

ALLAH RINDU AIN 
ALLAH RINDU TANGISAN AIN
ALLAH SAYANG AIN .

Waktu tu setelah usai ain solat ,ain cuba buka al-quran 
.ain cuba buka surah yang paling ain suka dan hafal "al-waqiah"
korang tahu? yang dulu sebelumnya ain hafal serta ain ingat satu persatu maksud .tiba-tiba ain macam orang jahil yang tak pernah kenal huruf hijayyah. Ain baca merangkak macam seolah ain tak pernah baca .
air mata ain menitik ,ain malu pada ALLAH . 
baru ain sedar allah dah tarik satu nikmat yang ain takkan boleh beli .melainkan usaha untuk belajar semula . 3 tahun bukan masa yang singkat . 3 tahun ain lupakan al quran tapi ain tak pernah sedar semua tu .


Bila kita dapat baca al-quran dengan baik itu adalah nikmat.
nikmat mana yang engkau dustakan ? 
ada orang dia menangis ,kecewa dan hampa sebab dia dah usaha tapi dia rasa sangat susah bagi dia .


ain selalu doa 

"ya ALLAH  jangan hukum aku di atas kebodohanku"
"ya ALLAH jangan matikan aku sebelum aku mampu menguasai AL-QURAN "
"ya ALLAH kuatkan aku untuk kembali memahami al-quran "




"BERTEMAN BAIKLAH DENGAN AL-QURAN,SEGALA JAWAPAN BAGI PERSOALANMU ADA TERKANDUNG DI DALAMNYA . PENYULUH GELAPNYA LAHADMU KELAK SAAT MATAHARI TAK MAMPU LAGI SAMPAI MENEMBUSI TANAH"


alhamdulillah bila ain habis spm ain terus ambil peluang untuk tuntut balik ilmu , 
terlajak perahu bolehku undur ,terlajak ku  tinggalkan al quran , tak mampu ku ingat kembali .
slow-slow , merangkak macam mana pun jangan putus asa , sebab yang susah tu akan buat kita lebih menghargai bila dah dapat nanti .

INSYAALLAH







adab dengan AL-QURAN sangat penting untuk kita mendapat syafaat AL-QURAN di akhirat kelak





 nombor 2 , perlukan usaha yang gigih 
nombor 3 , kita kena titik beratkan sebab kita kena meninggikan dan menghormati AL-QURAN .


AIN Menghadiahkan satu rehal kayu , kepada ustazah ain di tahfiz 



REHAL KAYU VANTAGE

HARGA RM 29.00

HARGA RM 29.00

HARGA RM 29.00

HARGA RM 29.00


 rehal ni besar dan lebar saangat sesuai untuk letak kitab,al-quran,buku ataupun laptop .
alhamdulillah ustazah ain suka ,


kalau dulu kita letak l quran atas bantal ,atau hanya kita bangku kan ,apa kata kamu dapatkan rehal kayu ni ,ianya kukuh ,cantik ,boleh dilipat dan nampak moden dengan adanya sticker vantage.
mudah disimpan setelah digunakan . boleh hadihkan kepada sesiapa yang rajin baca al quran ,
mari sama-sama kita budikan penggunaan rehal sebagai cara untuk menghormati al quran ..


rehal kayu ini tidak melayut seperti rehal plastik jika kita letakkan al quran yang berat .






 ANDA BOLEH DAPATKAN SEKARANG , STOCK RANDOM UNTTUK REHAL HITAM,
TERDAPAT DUA DESIGN SATU UKIRAN KAYU BENTUK BUNGA , DAN STICKER VANTAGE .


sebarang pembelian boleh direct whatsapp kami











- syukur dan sabar-

AL QURAN REHAL BUNGA UKIR CANTIK IKEA MENGAJI

   -   REHAL KAYU PUTIH BUATMU GURU -                                                     "Alunan mu menyayat hati,lafazmu pe...